Ahlan Wasahlan..

Allah berfirman yang bermaksud:
"Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain. Janganlah kamu mengejek sebahagian yang lain. Sukakah kamu memakan daging saudaramu yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." ( Al-Hujurat: 12).

Monday, December 27, 2010

Muhasabah Diri

Bila kita sendiri lupa untuk bersyukur dan berterima kasih pada Allah atas segala apa yang diberikan kepada kita, sudah semestinya rasa puas itu tidak pernah terbit dari hati manusia itu sendiri. Perasaan inginkan sesuatu yang lebih banyak atau harta yang lebih akan sentiasa mengaburi hati mereka yang alpa tentang kekuasaan Yang Maha Esa. Mereka serta merta akan lupa pada tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Mereka juga akan lalai dengan urusan duniawi mereka sedangkan akhirat semakin menghampiri. Apabila ditimpa kesusahan, barulah bergantung harap padaNya. Ada juga diantara mereka yang terus berputus asa sebelum menemui penyelesaiannya.

Manusia..
Harapan itu sentiasa ada kecuali manusia itu sendiri yang menidakkannya. Jikalau hidup sentiasa ditimpa malang atau susah, tidakkah kita terfikir bahawa masih ada manusia lain yang lebih malang atau susah daripada kita? Jikalau kita merasa hidup kita susah kerana hidup di dalam bilik yang kecil atau rumah usang, tidakkah mereka yang hidup di bawah jambatan itu lebih susah? Ada diantara kita sentiasa merungut apabila dihidangkan makanan yang tidak menepati citarasa kita sedangkan mereka yang hidup susah menangis apabila menjamah sepinggan nasi kosong.

Manusia..
Hidup, mati, rezeki & jodoh pertemuan itu sudah ditentukan Allah terhadap setiap manusia di muka bumi ini. Allah tidak akan sekali-kali membiarkan hambanya terseksa sekiranya mereka terus beriman dan bertakwa kepadaNya. Walaupun ditimpa dengan pelbagai dugaan, janganlah sekali-kali terfikir untuk berpaling tadah dari jalan Allah. InsyaAllah, berkat usaha dan doa, Allah tidak akan lupa untuk membantu kita. Pengorbanan itu sememangnya perit tetapi manisnya akan dirasai kelak. Tetapi janganlah sekali-kali tersasar daripada landasan agama yang benar.

Manusia..
Setiap sesuatu yang terjadi itu ada hikmahnya. Walaupun hikmah itu kadangkala tidak terlihat oleh mata kasar, namun bagi mereka yang betul-betul yakin akan ketentuan Allah, hikmah sesuatu kejadian itu sentiasa wujud di depan mata. Seandainya kita diuji dengan seberat-berat dugaan dan selepas itu kita masih diberikan peluang untuk memohon pertolongan serta keampunan daripada Allah, bersyukurlah kerana ada diantara kita yang tidak sempat kembali kejalan yang benar. Beringatlah juga wahai saudara-saudaraku, tidak semestinya yang jahat saja akan ditimpa dugaan, tetapi dugaan bagi orang-orang yang baik adalah lebih berat. Sesungguhnya Allah hanya ingin menguji sejauh mana kekuatan iman hamba-hambaNya.

Manusia..
Hidup di dunia ini sememangnya sukar. Janganlah terlalu berharap agar segalanya mampu kita lakukan dengan sempurna tanpa memohon petunjuk atau pertolongan daripada Allah. Halal dan haram juga tidak patut diketepikan. Janganlah terlalu mengejar kekayaan sehinggakan kita lupa halal dan haramnya sesuatu perkara itu. Ingatlah bahawa semuanya akan dihitung di akhirat kelak. Meski di dunia semuanya baik-baik sahaja namun siapa tahu keadaan kita di akhirat kelak. Wallahualam..

Sama-samalah kita muhasabah diri.

Sunday, December 12, 2010

Doa ibu bapa sumber kekuatan batin, bentuk keperibadian anak


Oleh Mohd Rizal Azman Rifin

2010/12/13

ALLAH SWT memerintahkan setiap hamba-Nya taat dan memuliakan ibu bapa. Bergaul dan memenuhi hak kedua-dua ibu bapa menjadi keutamaan yang mesti dilaksanakan anak, khususnya apabila ibu bapa lanjut usia. Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa bermakna seseorang itu menderhakai Allah. Begitulah besar dan mulianya darjat ibu bapa.

Banyak ayat al-Quran yang memerintahkan supaya mentaati ibu bapa. Antaranya Allah berfirman, “Janganlah kamu menyembah selain Allah dan berbuat baiklah kepada ibu dan bapamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 83)

Seseorang anak hanya dapat kedudukan anak salih jika sentiasa mentaati dan memuliakan ibu bapa. Sifat menyayangi dan mengasihi orang lain adalah fitrah semula jadi manusia, malah haiwan juga dikurniakan naluri ini.

Justeru, orang yang menderhaka kepada ibu bapa dianggap melencong daripada fitrah insan. Apabila kita dewasa dan mendapat pelbagai kesenangan hidup, kita tidak boleh sama sekali melupakan pengorbanan ibu bapa, sebaliknya kita sewajarnya berbakti untuk membalas jasa mereka mendidik sehingga menjadi insan berguna.

Anak yang salih akan berusaha menyenangkan hati kedua-dua ibu bapanya kerana mengharapkan keredaan hidup daripada Allah. Mereka mengetahui setinggi manapun kedudukan, pangkat atau pemilikan harta kekayaan semua tidak sama nilainya dengan kasih sayang terhadap ibu bapa.

Selain itu, doa ibu bapa sangat berkat dan mustajab. Oleh itu, anak yang salih akan mengharapkan keberkatan doa ibu bapa dalam menyusuri kehidupan.
Sabda Rasulullah SAW: “Tiga jenis doa mustajab yang tidak diragukan keajaibannya adalah doa orang tua untuk anaknya, doa orang musafir dan doa orang yang dizalimi,” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Malah Nabi SAW menegaskan, “Doa orang tua untuk anaknya bagaikan doa nabi untuk umatnya,” (Hadis riwayat ad-Dailimi).

Oleh itu, sewajarnya kita merebut peluang semasa ibu bapa kita masih hidup untuk berbakti disamping mengharap keberkatan doa mereka dalam menjalani kehidupan seharian kerana doa ibu bapa adalah sumber kekuatan batin anak. Hal itu akan membentuk keperibadian dan kewibawaan anak dalam menjalani kehidupan.

Petunjuk kedua ibu bapa terhadap anaknya sama seperti petunjuk Nabi kepada umatnya. Oleh itu, anak yang sentiasa memuliakan ibu bapanya tentu akan didoakan oleh ibu bapanya, sebaliknya anak yang derhaka itu sentiasa akan mendatangkan kemudaratan dalam hidup.

Penulis adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Mukah, Sarawak

Ragam Manusia

Manusia ini memang diciptakan pelbagai ragam. Semalam betul-betul dapat membuka mata ini bila dapat menyaksikan bermacam-macam ragam manusia di bandar. Kadang kala tersenyum juga tapi senyuman pula pudar bila melihat karenah yang 'over'. Walaupun orang selalu kata ''janganlah jaga tepi kain orang, tepi kain sendiri pun tak terjaga'', tetapi ''kerana nila setitik, rosak susu sebelanga''. Hanya kerana si kumbang seekor atau si bunga sekuntum, seluruh taman menjadi mangsa. Bukankah baik jikalau saling ingat mengingati akan perlakuan masing-masing terutama di khayalak ramai. Ibu bapa juga semestinya menjalankan peranan mereka dalam mendidik anak masing-masing akan cara pergaulan & berpakaian yang lebih baik di depan umum.

Friday, December 10, 2010

Akan Sentiasa Bersyukur

Sekali lagi hari ini mendapat khabar baik. Sungguh, apabila kita terus berdoa dan tidak berhenti mengharap, Allah pasti akan membantu kita. Tetapkan niat yang baik & pasti semuanya akan berjalan dengan lancar. Disamping itu usaha juga mesti ada. Alhamdulillah (^_^)

Wednesday, December 8, 2010

Praise be to Allah

Syukur Alhamdulillah.
Diri ini tidak henti-henti mengucap syukur kepada Allah di atas segala petunjuk, hidayah, sokongan dan belas kasihan yang telah diberikan kepadaku.

Baru sebentar tadi keputusan peperiksaan Sem Julai-Nov 2010 keluar dan air mata kesyukuran tidak tertahan bila lulus dalam semua subjek meskipun pointer sedikit turun. Namun, apa yang penting usaha, doa dan tawakal yang dipraktikkan sememangnya berbaloi. Semoga semester hadapan akan lebih baik hendaknya. Amin, Ya Allah.

Kepada rakan-rakan yang sedih disebabkan keputusan yang kurang memuaskan, janganlah putus asa. Sememangnya semua itu ada hikmahnya. Teruskan berusaha dan berdoa kepada Allah. Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Tuesday, December 7, 2010

Perasaan bercelaru

Tiba-tiba teringin menulis tentang perasaan yang tengah bercelaru sekarang ni. Macam-macam pula yang muncul. Entah kenapa tapi mungkin juga sebab bosan bila tidak membuat apa-apa. Mungkin juga sebab terlalu menanti detik itu tiba. Ya, detik 10hb Disember yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar UiTM di Malaysia. Keputusan peperiksaan bagi Sesi Julai-November 2010.

Apabila mendapat tahu mengenai keputusan pepriksaan tidak rasmi beberapa hari yang lepas, diri ini mulai takut dengan kenyataan yang sebenar nanti. Memang betul kita telah berusaha tetapi bukan mudah menerima kenyataan yang pedih. Sejak hari itu, hati ini sentiasa berdoa agar segalanya baik-baik saja. Bukan mengharap sesuatu yang besar tetapi cuma berharap agar lulus dalam semua subjek.

Ya Allah, semoga hari itu akan tiba dengan berbekalkan kekuatan yang ada pada diri ini. InsyaAllah.

Salam Maal Hijrah.

Rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam di mana sahaja anda berada. Bersama-samalah kita menghayati makna sebenar hijrah itu agar kita dapat melaksanakan hijrah pada diri kita kepada yang lebih baik.

Sunday, December 5, 2010

My Cheese Cake

Semalam buat Cheese Cake atas permintaan si dia. (^_^)

Resepi cheese cake ni dapat melalui internet tapi dah ubah sikit.  So, this is my own way on how to bake cheese cake. Try it. =)

Bahan 1:
- Biskut marrie
- Marjerin

Bahan 2:
- 2 buku cheese cream 250g
- 1 tin susu pekat (saiz sederhana)
- 1/2 tin susu sejat/cair
- 2 biji telur
- sedikit tepung (Lebih kurang 2 sudu makan)


Cara-cara:
  1. Hancurkan biskut marrie secukupnya.
  2. Cairkan marjerin dan campurkan dengan biskut marrie yang telah dihancurkan tadi.
  3. Ratakan di dalam dulang pembakar kek. Sejukkan dan kemudian letakkan dalam peti ais.
  4. Dengan menggunakan mixer atau blender, hancurkan cheese tadi dan kemudian campurkan dengan telur satu persatu.
  5. Kemudian letakkan susu cair dan diselang selikan dengan susu pekat.
  6. Ayak tepung dan campurkan ke dalam adunan tadi.
  7. Setelah siap, letakkan adunan ini keatas lapisan biskut marrie yang telah disejukkan.
  8. Panaskan ketuhar dan setelah itu, bakar adunan tadi sehingga masak.
SELAMAT MENCUBA!!! ^^

Sang Pencinta

Dia insan instimewa dalam hidupku.
Insan yang kuharap dapat membahagiakanku sehingga ke akhirnya. Amin, Ya Allah.
Insan yang kujangka dapat membimbingku dunia & akhirat. InsyaAllah.
Dan dia kekasihku yang juga mencintai Tuhan & agamanya. Syukur, Alhamdulillah.

Saat perkenalan dengannya adalah istimewa. Allah mempertemukanku dengannya di saat aku masih khilaf & keliru tentang erti cinta yang sebenar. Sungguh, saat itu sangat bermakna. Jauh di sudut hati, senyuman perkenalan menarik hatiku untuk lebih mengenalinya. Sifat peramahnya membuatkanku senang bersamanya. Semangatnya pula menjadi nadi semangatku.

Walau hati masih keliru, dia tetap setia memberi perhatian. Perasaan ini terus berteka teki sehinggalah jawapan yang pasti muncul dari hatinya yang suci. Keikhlasan & kesungguhannya membuatkanku tersentuh. Kasih sayangku umpama pepasir dipantai dan kuharap sayangnya padaku juga sebanyak air di lautan. Sekali lagi sejuta kesyukuran kupanjatkan kepada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Kini, dia masih lagi peneman setiaku. Aku berharap agar cinta ini adalah cinta sejati yang kekal selamanya dengan restu daripada Yang Esa. Semoga doa yang kupanjatkan akan terkabul. Amin Ya Rabbal Alamin.

Saturday, November 20, 2010

Al-Fatihah

Assalamualaikum w.b.t.
Al-Fatihah buat my niece yg baru lahir tetapi Allah lebih tahu hakikat semua yg terjadi.

Suddenly, teringat bout baby dumping a.k.a. pembuangan bayi yg semakin berleluasa sekarang ni. Rasa geram pun timbul sebab manusia yang tidak bertanggungjawab tu cuma fikirkan tentang diri masing2. Sedangkan masih ramai di luar sana yg tidak habis2 berdoa dan memohon kepada Allah agar di kurniakan zuriat. Namun mereka dgn tidak berfikir panjang lebih suka menutup segala kesalahan mereka dengan membuang bayi yg tidak berdosa itu. Ya Allah, bukakanlah hati2 mereka yg jahil tentang kebesaran-Mu.


Semoga Kak Long diberi ketabahan & pastinya ada hikmah disebalik semua yg terjadi. InsyaAllah.

Friday, November 12, 2010

The Art of Forgiveness



To forgive may be divine, but no one ever said it was easy. When someone has deeply hurt you, it can be extremely difficult to let go of your grudge. But forgiveness is possible -- and it can be surprisingly beneficial to your physical and mental health. 

"People who forgive show less depression, anger and stress and more hopefulness," says Frederic Luskin, Ph.D., author of Forgive for Good (HarperCollins, 2002). "So it can help save on the wear and tear on our organs, reduce the wearing out of the immune system and allow people to feel more vital." 

So how do you start the healing? Try following these steps: 

Calm yourself. To defuse your anger, try a simple stress-management technique. "Take a couple of breaths and think of something that gives you pleasure: a beautiful scene in nature, someone you love," Luskin says. 

Don't wait for an apology. "Many times the person who hurt you has no intention of apologizing," Luskin says. "They may have wanted to hurt you or they just don't see things the same way. So if you wait for people to apologize, you could be waiting an awfully long time." Keep in mind that forgiveness does not necessarily mean reconciliation with the person who upset you or condoning of his or her action. 

Take the control away from your offender. Mentally replaying your hurt gives power to the person who caused you pain. "Instead of focusing on your wounded feelings, learn to look for the love, beauty and kindness around you," Luskin says. 

Try to see things from the other person's perspective. If you empathize with that person, you may realize that he or she was acting out of ignorance, fear -- even love. To gain perspective, you may want to write a letter to yourself from your offender's point of view. 

Recognize the benefits of forgiveness. Research has shown that people who forgive report more energy, better appetite and better sleep patterns. 

Don't forget to forgive yourself. "For some people, forgiving themselves is the biggest challenge," Luskin says. "But it can rob you of your self-confidence if you don''t do it."

Taken from: http://www.rdasia.com.my/the-art-of-forgiveness 

Kek Coklat Kukus

Masa cari resepi baru untuk di cuba, ternampak pula resepi Kek Coklat Kukus Ala Bayu. Minta izin pada tuan punya resepi untuk share resepi ini (^_^)

BAHAN-BAHAN:
(A)


1 cawan susu cair
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak atau minyak jagung
1 cawan serbuk koko
½ cawan susu pekat

(B)

1 ¼ cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur
Aluminium foil

(C) - TOPPING

Coklat masakan
Susu cair
Mentega

CARA-CARA

Masukkan kesemua bahan A ke dalam periuk dan kacau sebati hingga semua bahan larut atas api yang kecil sahaja. Setelah semua bahan mencair, letak tepi dan tunggu sehingga dia suam-suam kuku.

Ayak tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. Pukul 3 biji telur dalam bekas lain. Panaskan periuk pengukus. Sapu loyang dengan sedikit mentega.

Masukkan telur yang telah dipukul tadi ke dalam bahan A dan kacau rata. Kemudian masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. Tuangkan kesemua adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega tadi dan tutupkan bahagian atas loyang dengan aluminium foil bagi mengelakkan air menitis ke atas kek. Kukus selama 1 jam. Selepas itu cucuk dengan lidi, jika tiada sisa kek yang melekat pada lidi maka kek tersebut telahpun masak. Angkat dan sejukkan sebelum dihias.

TOPPING

Cairkan coklat masakan bersama dengan sedikit susu cair dan mentega. Letakkan semua bahan ke dalam mangkuk dan letak di atas periuk yang berisi air (teknik double boil). Setelah semua cair, tuangkan di atas kek yang telah sejuk tadi. Siap untuk dihidang.

Alahai Siti Balqis

Bila teringat balik kisah-kisah pasal Siti Balqis Mohd Nor, mesti ramai di kalangan penduduk Malaysia yang setia mengikuti perkembangan cerita-cerita 'Misteri' beliau di surat khabar, internet mahupun di TV merasa geram dan tertipu. Apa tidaknya, baru-baru ini polis telah berjaya merungkai kes 'Aneh' yang dialami oleh beliau selepas menahan mangsa di rumah kenalannya. Apa yang menyedihkan ialah apabila Siti Balqis mengatakan bahawa ibunya sudahpun meninggal dunia, walhal ibunya bertungkus lumus mencari ikhtiar untuk mengubati beliau. Berikutan penemuan itu, banyak persoalan yang timbul daripada pelbagai pihak. Apa sebenarnya yang Siti Balqis inginkan? Perhatian? atau cuma teruja dengan perhatian yang diberikan oleh pelbagai pihak? Sehingga kini, persoalan itu belum terungkai sepenuhnya. 

 Balqis ke rumah kenalan, bukan ghaib dilarikan jin:

KUALA TERENGGANU: Misteri kehilangan Siti Balqis Mohd Nor yang didakwa keluarganya disorok ‘Jin Islam' di Gunung Jerai, Kedah, sejak Ahad lalu, terungkai selepas gadis itu ditemui polis di rumah keluarga seorang kenalannya di Kampung Batu 18, Ulu Klawang, Kuala Klawang, Negeri Sembilan, pagi semalam.

KUALA TERENGGANU: Misteri kehilangan Siti Balqis Mohd Nor yang didakwa keluarganya disorok ‘Jin Islam' di Gunung Jerai, Kedah, sejak Ahad lalu, terungkai selepas gadis itu ditemui polis di rumah keluarga seorang kenalannya di Kampung Batu 18, Ulu Klawang, Kuala Klawang, Negeri Sembilan, pagi semalam.
Siti Balqis sebenarnya keluar seorang diri dari rumahnya di Kampung Gong Nangka, Jertih dan menaiki bas ekspres ke Shah Alam pada jam 9 malam, sebelum ke Seremban dan meneruskan perjalanan menaiki teksi ke Kuala Klawang.
Ketika di situ, Siti Balqis, 22, tinggal di rumah seorang sahabat pena perempuan yang dikenalinya menerusi laman berkenalan sebuah majalah remaja pada 2005, tetapi tidak pernah bertemu sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata Siti Balqis juga sudah membeli tiket untuk pulang ke kampungnya esok.

“Dengan penemuan ini, polis menganggap kes ini selesai dan polis tidak akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak,” katanya pada sidang media sebelum menyerahkan Siti Balqis kepada ibunya, Norizan Said, 47, di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, di Kampung Raja di sini, semalam. Hadir sama sahabat penanya, Norwaniza Ramli, 19.

Kamaruddin berkata, polis mendapat maklumat mengenai gadis itu apabila bapa sahabat pena Siti Balqis menghubungi polis daerah Jelebu selepas terbaca berita kehilangan misteri gadis itu dalam akhbar ini.
Polis juga mendapat petunjuk gadis itu berada di Negeri Sembilan selepas semakan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada ibunya pada jam 5 pagi Isnin lalu mendapati pencawang terakhir ialah di Kuala Klawang.

Pada Isnin lalu, Norizan memberitahu menerima SMS daripada anaknya pada jam 5 pagi yang mendakwa berada di Gunung Jerai selepas dibawa jin berbulu lebat.

Sementara itu, Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata laporan Norizan di Balai Polis Jertih pada jam 1.30 pagi Isnin lalu, antara lain menyebut melihat anaknya menaiki kereta Perodua Kembara milik keluarga pada jam 8 malam.

"Berikutan laporan itu, kita menjalankan siasatan kes orang hilang dan meliputi semua aspek termasuk sama ada gadis berkenaan melarikan diri atau dilarikan," katanya sambil menambah kereta itu ditemui di Stesen Bas Jertih pada jam 1 tengah hari Isnin.

Norizan ketika ditemui terkejut dengan penemuan itu kerana sebelum ini anaknya menghantar SMS dan memberitahu berada di Gunung Jerai dan dibawa jin berbulu serta yakin anaknya berada di gunung berkenaan berdasarkan gerak hatinya.

Norwaniza pula berkata, dia selalu berutus surat dan menghubungi Siti Balqis tetapi hanya bertemu selepas kenalannya itu datang sendiri ke rumahnya Isnin lalu.

"Saya tidak menduga pertemuan ini rupanya dengan seorang gadis yang sering dilaporkan ghaib kerana sebelum ini Siti Balqis tidak pernah menceritakan kisahnya,” katanya.

Di KUALA KLAWANG, ibu Nurwaniza berkata gadis itu mengajaknya dan anaknya ke Seremban, Selasa lalu dan menggunakan wang sendiri membeli pelbagai makanan dan pakaian bernilai RM279, termasuk tiket bas untuk pulang ke Terengganu.

Ramlah Meon, 60, berkata beliau pelik melihat Siti Balqis kerap SMS dan apabila ditanya dimaklumkan ia di hantar kepada kawannya.

“Siti Balqis beritahu dia tinggal bersama ibu saudaranya selepas ibunya meninggal dunia dalam kemalangan November tahun lalu. Dia turut beritahu rumahnya besar dan ada tujuh bilik lengkap dengan pembantu rumah dan kolam renang," katanya.

Ramlah berkata, pembohongan Siti Balqis terbongkar apabila anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu datang ke rumahnya, kelmarin, berikutan SMS diterima ibu Siti Balqis menggunakan nombor telefon yang didaftarkan atas nama Nurwaniza.

Beliau berkata, ketika menyelongkar beg pakaian Siti Balqis, mereka menemui lebih 20 kad sim yang masih aktif, sejumlah wang, beberapa kad ATM dan sebuah kotak kecil berisi 10 batu delima dalam kain kuning.

Sumber: Berita Harian Online


Siti Balqis [Tudung Hitam] & Ibunya

Sunday, November 7, 2010

Cerita Mira

Lepas pihak Universiti bagitahu Mira dah digantung pengajian, ayah marah sangat-sangat. Satu pagi tu, Mira gaduh dengan ayah dan ibu. Mereka kata Mira dah tak macam dulu. Mira selalu keluar malam dan tak datang kuliah. Ayah tak habis-habis kata Mira ni anak tak tahu dek untung. Kata ibu pula Mira bertuah sebab dapat masuk Universiti tapi Mira sia-siakan peluang yang bukan semua orang dapat.

Sebenarnya semua tu sebab Ema. Sejak kenal Ema di Universiti, Mira selalu ikut ke mana sahaja yang Ema pergi. Malam ni Ema ajak Mira dan kawan-kawan lain keluar lagi. Mira tak nak sebab malam tu ayah dan ibu nak ajak balik kampung Tok Wan lepas waktu pejabat. Ibu kata dia teringin sangat nak jumpa Tok Wan, tapi Ema ugut Mira. Mira terpaksa akur. Rupanya Ema jumpa kawan-kawan lelaki dia. Ini pertama kali Mira nampak Ema jumpa kawan-kawan lelaki dia. Mira dan Ain takut tapi kawan-kawan lain semua nampak tenang.

Jam Mira tepat menunjukkan pukul 10.00 malam. Mira ajak Ema balik tapi Ema tengking Mira depan kawan-kawan. Dia kata Mira bodoh sebab tak tahu nak berseronok. Dia kata hidup di dunia ni kalau tak tahu nak berseronok rugi. Mira tunduk diam. Ain pula mulai terpengaruh dengan kata-kata Ema. Dia turut serta dalam perbualan mereka. Tiba-tiba seorang kawan lelaki Ema duduk sebelah Mira. Nama dia Fariz. Dia nampak baik tapi Ema tiba-tiba  jerit kat Mira. Dia kata Mira tak boleh kacau 'boyfriend' dia. Mira terdiam dan malu sangat.

Mira tiba-tiba teringat nak tengok 'handphone'. Ada 10 'Missed Calls'. Semua daripada nombor ayah dan ibu. Tak lama lepas tu telefon Mira bunyi lagi. Mira tengok kat skrin. Rupanya Aliza yang 'call'. Mira tak berani nak sambut sebab masa tu suasana bising sangat. Nanti Aliza syak apa-apa. Mira tak bagitahu pun kat Aliza yang Mira keluar dengan Ema sebab Mira tahu Aliza memang tak suka dengan Ema. Aliza 'call' banyak kali tapi Mira tak nak jawab. Tak lama lepas tu ada mesej masuk kat telefon Mira. Mira baca.

"Salam, Mira kat mana tu? Aliza bimbang sangat. Ayah dan ibu Mira pun risau. Mereka kata nak cari Mira dulu baru balik ke kampung".

Lepas baca, Mira 'delete' mesej tu. Mira pandang ke arah Ema dan rakan-rakan lain. Semuanya masih sibuk berbual dan berusik-usikan.  Mira tengok jam. Rupanya dah pukul 12.00 tengah malam. Ema tiba-tiba panggil Mira. Dia kata malam ni tak payah balik rumah. Kawan dia ajak tidur rumah dia. Mira geleng kepala tapi Ema tak endah. Dia suruh naik kereta kawan dia seorang. Mira tak ada pilihan lain tetapi Mira takut sangat-sangat sebab dekat kereta tu ada Fariz dan dua orang lelaki lagi dan cuma Mira dan Ain sahaja perempuan. Masa kat tengah jalan Mira takut sangat-sangat sebab tak tahu nak pergi mana. Ain pula sibuk berbual dengan lelaki-lelaki tu. Masa tiba kat satu simpang, Mira pandang Ain. Ain pun cuma pandang sekilas kat Mira.

"Ema mana?"

Mira beranikan diri tanya lelaki seorang tu. Mereka semua ketawa kuat. Ain dah pegang tangan Mira. Perasaan takut dah menyelubungi hati Mira sendiri. Fariz kata Ema dah 'jual' kami. Mira terkejut sangat-sangat. Ain dah mulai nangis teresak-esak. Mira dah tak tahu nak buat apa. Satu perkara yang bermain difikiran Mira saat tu ialah masa depan Mira dan Ain. Mira takut bila teringatkan kes-kes rogol dan bunuh yang semakin berleluasa sekarang. Saat itu barulah Mira ingat Allah. Mira mengucap panjang dan berdoa dalam hati. Mira mohon agar dijauhi daripada segala perkara buruk.

 Seorang lelaki yang duduk disebelah Ain dah mulai pegang-pegang Ain. Ain jerit sambil nangis. Mira betul-betul panik dan buntu saat tu. Mira takut dan masa tu lah baru Mira teringat dekat ayah, ibu dan Aliza. Mira tambah takut bila Fariz kata dia nak Mira. Mira jerit dekat dia tapi dia tampar pipi Mira. Sakit sangat sampai Mira rasa pening masa tu. Mira rasa ada darah mengalir dari bibir Mira. Lepas tu dia cuba pegang tangan Mira tapi Mira mengelak. Dia nampak bengang. Mira cuba buka pintu tapi dah dikunci. Mereka semua ketawa lagi bila Mira tak dapat buka pintu. Ain pula masih lagi menangis. Mira tambah takut bila lelaki seorang tu dah tarik baju Ain. Mira ambil botol 'Mineral water' kat tempat pemijak dan pukul kepala lelaki tu. Dia marah sangat dan terus tarik tangan Mira. Dia kata nak bunuh Mira.

"Ayah, ibu, tolong Mira."

Mira nangis dan jerit kuat-kuat. Tiba-tiba Mira rasa dentuman kuat. Lepas tu Mira dah tak ingat apa-apa.

Kepala Mira sakit sangat-sangat masa tu. Mira tak tahu Mira kat mana. Yang Mira nampak cuma kawasan sekeliling yang berwarna putih. Tak lama lepas tu Mira nampak ayah dan ibu tengah duduk di sebuah bangku. Mira nampak ibu menangis. Baju ayah berlumuran darah. Mira berlari ke tempat mereka tapi semakin Mira mendekati mereka semakin jauh pula jarak antara kami. Mira betul-betul tak faham. Mira nangis. Mira nak dakap ibu dan ayah. Mira nak minta maaf sebab dah sakitkan hati ayah dan ibu.

Tiba-tiba bahu Mira seakan digoncang. Mira buka mata. Aliza tersenyum memandang Mira. Mira tengok keadaan sekeliling.

"Mira kat hospital sekarang. Dah 3 hari Mira tak sedarkan diri".

Bila Aliza kata macam tu Mira terkejut. Mira panggil ayah dan ibu. Aliza tiba-tiba menangis. Mira tak faham. Aliza peluk Mira dan kata ayah dan ibu Mira dah tak ada. Mira tambah terkejut dan tak mampu nak kata apa-apa lagi. Air mata Mira mengalir laju. Mira tak percaya yang ayah dan ibu dah tinggalkan Mira seorang kat dunia ni. Sejuta penyesalan datang tiba-tiba. Mira terus menangis sambil mendengar penerangan daripada Aliza.

 Rupanya malam tu kereta yang kami naiki terlibat dalam kemalangan. Mengikut kata Aliza, kereta tu bertembung dengan sebuah kereta lain dari arah bertentangan  dan terbabas ke dalam gaung. Cuma Mira seorang sahaja yang terselamat dalam nahas tu. Teringat akan Ain, air mata Mira jatuh lagi. Dipertengahan cerita, suara Aliza bergetar menahan sebak. Mira bingung. Aliza meneruskan cerita. Aliza kata, kereta yang bertembung dengan kereta yang kami naiki tu adalah kereta ayah dan ibu Mira. Kereta ayah hilang kawalan apabila bertembung dengan kereta yang Mira naiki dan melanggar pembahagi jalan. Ibu terhempas keluar dan ayah tersepit di dalam kereta. Mereka meninggal di tempat kejadian. Mira rasa ingin pitam saat mendengar cerita lanjut daripada Aliza. Mira teringat yang malam tu ayah dan ibu hendak pulang ke kampung. Esakan Mira semakin kuat hinggakan jururawat yang bertugas terpaksa menenangkan Mira. Aliza sendiri sudah tidak mampu menahan kesedihan itu.

Kini, sudah genap sebulan ayah dan ibu pergi tinggalkan Mira seorang. Mira sangat rindukan mereka. Jikalau Mira punya kesempatan ingin sahaja Mira dakap dan mohon sejuta kemaafan daripada mereka. Sudah banyak dosa yang Mira lakukan dan sehingga kini Allah masih memberi peluang kepada Mira untuk menyesali semuanya.

"Ya Allah, betapa aku bersyukur padaMu dan aku redha atas semua ketentuanMu".

Mira sedar masih banyak lagi yang Mira harus perbaiki untuk menebus segala kesalahan lalu. Lepas peristiwa itu, Mira balik kampung Tok Wan. Mira nak penuhi hasrat terakhir ayah dan ibu. Bila sampai kat sana, Mira jumpa Pak Ucu. Pak Ucu kata Tok Wan dah meninggal dunia. Sekali lagi Mira ditimpa dugaan daripada Allah. Tok Wan Mira pula meninggal sebab sakit tua sehari selepas ayah dan ibu meninggal. Pak Ucu kata sebelum tu Tok Wan dah sakit tapi Tok Wan tak nak di rawat di hospital. Dia berkeras nak tunggu ayah, ibu dan Mira datang. Mira tunduk membisu mendengar cerita daripada Pak Ucu. Air mata Mira tumpah sekali lagi.

"Ya Allah, sesungguhnya ujian daripadaMu tidak dapat kuduga. Namun Engkau Maha Pengampun, Pengasih lagi Maha Penyanyang. Sungguhpun diri ini khilaf dan banyak membuat dosa namun pintu taubat masih terbuka buatku. Ampunkanlah diriku Ya Allah dan bimbinglah aku kejalan yang benar, jalan yang Engkau redhai Ya Allah. Serta tempatkanlah ibu bapa serta keluargaku di kalangan orang-orang yang beriman. Amin, Ya Rabbal Alamin."

Saturday, November 6, 2010

Sedih & Muhasabah Diri

 Letusan Gunung Merapi
 Tsunami
 Gempa bumi

Volcano, Eruption & Tsunami?
Yes!!that's exactly what happen now. Indonesia is dealing with three natural disasters after an earthquake, a tsunami and a volcanic eruption in the space of 24 hours.

Sedih sangat bila mengenangkan nasib rakyat-rakyat di sana. Meskipun pelbagai bantuan telah disalurkan namun tidak terbanding dengan ratusan nyawa yang terkorban dalam ketiga-tiga tragedi itu. Allahuakbar, sesungguhnya Allah itu Maha Besar. Setiap sesuatu yang terjadi itu ada hikmah dan sebabnya.

Allah menguji hamba-hambanya dan dalam masa yang sama Allah juga memberi peringatan kepada kita untuk tidak mensia-siakan kehidupan di dunia ini. Persiapkanlah diri dengan bekalan di akhirat kelak dan jauhilah daripada melakukan perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah. Sesungguhnya azab di dunia hanya sekelumit azab di akhirat kelak. Wallahualam.

Resepi Kek Batik

 Gambar hiasan tapi saya buat lebih kurang seperti ini.(^_^)

Cara membuat Kek Batik ada bermacam-macam. Rasa pun semestinya bermacam-macam. Hari ini teringin pula berkongsi cara saya sendiri membuat Kek Batik. Selamat mencuba!!(^_^)

Bahan-bahan:
-Biskut Meri (ikut sukatan masing-masing, tapi biasanya saya guna 1 1/2 pek)
-Marjerin/planta (secukupnya)
-Milo (secukupnya)
-Sedikit serbuk koko (dalam 1 sudu makan)
-1 tin susu pekat (sederhana)
-badam cincang/hancur

 Cara membuat:
-Cairkan marjerin dalam kuali.
-Masukkan susu pekat dan gaul rata.
-Masukkan milo dan gaul sebati.
-Masukkan serbuk koko dan gaul rata dengan api sederhana. Asingkan sedikit adunan ini (untuk lapisan atas).
-Pecah-pecahkan biskut meri dan masukan ke dalam adunan tadi serta gaul rata.
-Padamkan api dan pindahkan adunan tadi ke dalam bekas yg sesuai dan ratakan.
-Setelah rata, letakkan adunan yang diasingkan tadi dan kemaskan.
-Taburkan badam cincang tadi dan sejukkan.

P/s: Sedap atau tidak terpulanglah pada deria rasa masing-masing.

Friday, November 5, 2010

A moment to remember

The best moment that i ever had.

Waktu tu baru form 5. Kawan-kawan buat plan daki gunung. Mula-mula tu ada la dalam 6, 8 orang yg join,  tapi akhirnya tinggal sy dgn kwn lagi seorg. Masa tu sedih jg sebab ingatkan semua dapat pergi tapi at least tertunai jg hasrat hati. Lepas selesai semua urusan, kira-kira jam 12.45 tghri kami mulai mendaki dari kaki gunung (Timpohon). Sepanjang perjalanan memang penat sangat tapi berbaloi sebab permandangan cantik-cantik. Tambahan pula waktu tu hujan renyai-renyai, tapi kami tetap teruskan pendakian dengan bantuan Guide. Nasib baik pak cik tu talkative orangnya, jadi senang di ajak berbual. Dalam jam 6.00 ptg kami tiba di tempat penginapan kami (Laban Rata). Tempat tu sangat hampir dengan puncak gunung dan memang sejuk sangat. Kata pak cik Guide tu, dalam jam 2.00 pagi nanri kami akan bertolak ke puncak, so kena la prepare awal. Malam tu pula kawan saya tiba-tiba kekejangan otot. Tapi Alhamdulillah, lepas sapu ubat semua pun okay.

Pagi tu dalam jam 2.30 pagi kami bertolak ke puncak. Suhu masa tu negatif (-), confirm lah sejuk sangat kan. Kami bergerak bersama-sama dengan beberapa kumpulan lain. Sepanjang perjalanan memang banyak halangan serta dugaan. Saya pula tiba-tiba pening sampai rasa mual sebab angin kuat and cuaca yang memang sejuk sangat. Syukur la selepas cukup rehat, kami teruskan perjalanan sampai la ke checkpoint seterusnya. Walaupun beberapa kali hampir putus asa tapi akhirnya sampai juga di puncak. Happy sangat sampai rasa sakit dan penat pun tdk terasa. Subahannallah, permandangan dari puncak tu sangat cantik. Sempat juga nampak matahari terbit. Semua orang pun sibuk mengambil gambar kenangan termasuklah kami.
Dalam jam 8.00 pagi kami bertolak untuk turun ke Laban Rata. Perjalanan turun tidak la susah sangat mcm perjalanan naik ke puncak. Hati pun puas sebab dapt menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara. 

P/s: Macam tu jugalah hidup di dunia ni. Kalau inginkan sesuatu, usaha itu amat penting. Tanpa usaha, semua pun jadi sia-sia. Walaupun rasa ingin putus asa tetapi tekad dan azam itu akan membantu. Believe in yourself and keep on praying. (^_^)

Thursday, November 4, 2010

Masa??


Assalamualaikum w.b.t.

Terdetik pula hati ini ingin berbicara mengenai masa. Ermm..org kata masa itu emas. Tapi emas itu meskipun nilainya amat tinggi tetapi masih ada org yg mampu memilikinya dgn cara apa sekalipun. Tambahan pula, ada benda atau barangan lain yg lebih brnilai serta mahal daripada emas. Sedangkan masa itu sendiri amat unik. Apabila masa berlalu, ia tidak akan kembali. Sesuatu yg sudah berlaku tidak mampu kita ubah. Itulah uniknya masa. Setiap detik masa itu amat bernilai sehinggakan mampu membuat kita menangis jikalau sedetik itu tidak dapat kita gunakan dgn sebaik-baiknya. Contoh yg amat nyata skrg ini ialah apabila pelajar2 menduduki peperiksaan. Sesaat itu pun amat penting bagi mereka yg betul2 ingin melakukan yg terbaik dalam peperiksaan tersebut. Sehinggakan apabila masa menjawab tamat, maka ada diantara mereka yg mengeluh mengatakan masa tidak cukup bg mereka menjawab kesemua soalan. Walhal, pengurusan masa mereka sendiri yg kurang efektif. Perkara itu pasti pernah terjadi di kalangan kita (^_~).

Dalam al-Quran ada menyebut:
 ”Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran, dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran”-Surah Al-Ashr

 Dalam surah ini, Allah s.w.t. sudah menjelaskan betapa pentingnya masa itu kepada manusia. Apabila masa itu digunakan sebaik-baiknya bagi menlakukan kebaikan dan kebajikan, maka org2 itu adalah antara mereka yg beruntung. Sebaliknya apabila masa itu terbuang begitu sahaja dgn diisi oleh perkara2 yg tidak berfaedah, jelas dan nyatalah bahawa mereka itu amat rugi.

Ada dikalangan kita yg selalu menyatakan hasrat utk kembali ke masa silam. Mereka menyesali akan perkara yg telah terjadi dan ingin mengubahnya. Percaya dan yakinlah bahawa sesuatu yg telah terjadi itu ada sebab dan hikmah yg tersembunyi. Dan hikmah itu tidak semestinya dtg atau muncul dgn cepat. Allah menguji manusia dlm pelbagai cara, namun Allah itu Maha Pengasih lg Maha Penyayang. Kadang kala, ujian menimpa kita kerana Allah mahu memberi peringatan dan pengajaran buat kita andainya kita alpa atau lalai dalam melaksanakan tanggungjwb kita di muka bumi ini. Sungguh diri ini pernah menangis tatkala menerima ujian Allah tetapi kini hikmah disebaliknya amat kusyukuri. Sesungguhnya, Allah itu juga Maha Pengampun.

Masa lalu tidak kembali dan masa depan belum lg kita ketahui. Masa kinilah yg bakal menentukan masa depan kita. Walaupun segalanya sudah ditentukan oleh Allah buat kita, namun manusia masih boleh berusaha utk memiliki hidup yg sebaik-baiknya kelak. Di samping sibuk mengurus hal duniawi, kita jgnlah pula leka utk melaksanakan tanggunggjawab sebagai umat islam yg cemerlang di sisi Allah s.w.t. Perlulah seimbangkan kedua-duanya agar membantu kita di dunia mahupun di akhirat nanti. Janganlah terlalu sibuk mengejar harta, nama mahupun pangkat tetapi amal kebajikan di ketepikan. Dan jgnlah pula membuat kebajikan andainya mementingkan nama dan kemashsyuran semata-mata. Ingatlah setinggi manapun pangkat atau darjat manusia itu, semua manusia tetap sama di sisi Allah. Syurga atau Neraka tidak memilih darjat atau keturunan. Hanya amal kebajikan menentukan segalanya.

Justeru rakan2 di luar sana, hargailah masa yg kita ada sekarang dan isilah dgn amal kebajikan dan perkara-perkara yg bermanfaat. Meskipun diri ini jg perlukan perubahan, namun nasihat menasihati itu penting agar kita sama2 mndapat keredhaan daripada Allah S.w.t. 

Cinta ke syurga (^_~)

Lirik Lagu Cinta Ke Syurga - Hafiz Hamidun

Renunglah ke mataku
Selami ke dasarnya
Pastikan kau temui
Sorotan kebenaran

Setiap baris kata
Kutuju kepadamu
Adalah lafaz setulusnya
Lahir dari jiwa

Dengarkanlah hatimu
Apa yang kau getarkan
Bisakah aku kau terima

Sedarilah sesungguh-sungguhnya
Fahamilah sedalam-dalamnya
Ada cinta yang di dunia
Membawa ke syurga

Maka aku setulus-tulusnya
Memintamu seikhlas-ikhlasnya
Terimalah ku seadanya
Ke dalam hidupmu

Renunglah ke mataku
Selami ke dasarnya
Pastikan kau temui
Sorotan kebenaran

Renunglah ke mataku
Pasti niat terlihat
Hasratku membina cinta denganmu

Benarkanlah kutemanimu
Mengharungi hidup bersama
Dan padaNya yang terEsa
Kita berserah
p/s: suka lagu nie =)

Indahnya sekiranya dpt merasai cinta yg membawa ke syurga. Ya Allah, tetapkan jodohku dgnnya yg boleh membimbing diri ini agar lebih mendekati cinta-Mu.

Monday, November 1, 2010

Kemanisan Bersabar

Sabar! Ungkapan ini senang di luahkan. Namun jikalau hati sudah terluka, fikiran terganggu, mana mungkin sabar itu dapat diaplikasi. Apa lagi hati milik seorang wanita yg sememangnya amat mudah tersentuh. Janganlah cepat mengambil kata putus kerana kelak diri binasa. Jangan pula cepat terpengaruh, kelak diri akan merana. Sesuatu yg berlaku itu ada hikmahnya. Dan sebetulnya hikmah itu bukan dtg dgn sendirinya melainkan kita cuba memahami & terus bertawakal. Renung2kan.^^

Saturday, October 30, 2010

Alhamdulillah..

Hati sebak tatkala teringat akan semua kelalaian & kesalahan yg dilakukan dulu. Tidak disangkal setiap manusia itu pernah berbuat silap dan salah, namun hati ini tetap kesal akan semua itu. Seribu penyesalan seringkali timbul ditemani airmata. Ya Allah, sungguh besar kuasa-Mu Ya Rabbi. Syukurlah diri ini masih mendapat panduan dan bimbingan dari-Nya. Percayalah rakan2 di luar sana, setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya, dan perkara itu sudah terbukti buat diri ini. Seribu penyesalan itu sudah pun berganti dgn sejuta kesyukuran pada-Nya kini. Meski kita sedar kesenangan yg datang itu hanya sementara, namun yakinlah, kesusahan jg bukanlah selamanya.

P/s: Jika di hayati lirik lagu di bawah ini, pasti anda tersentuh. Renung2kan. (^_^)

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

Munsyid: In-Team Ft Nazrey
Senilagu : Nazrey Johani
Senikata : Nazrey Johani
Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.

Saturday, October 9, 2010

Suka hati mereka lah..tapi............

Tatkala sedang menunggu giliran di ATM, terdengarlah suara gadis-gadis sedang berbual girang. Tergerak hatiku untuk menoleh ke arah suara-suara tersebut. Mataku tepat memandang kearah sekumpulan gadis yang rancak berbual. Beberapa pengguna ATM yang lain turut melihat gelagat mereka. Ada di kalangan mereka berbaju sendat, berseluar pendek dan pelbagai fesyen lain. Seorang daripada mereka pula sedang menikmati sepuntung rokok di jarinya. Pandanganku beralih arah kepada sekumpulan jejaka yang sedang mengusik gadis-gadis tersebut. Sungguh, kata hatiku, mereka gadis-gadis muda yang masih panjang perjalanan hidupnya namun dengan melihat keadaan serta tingkah laku mereka saat itu, ingin sahaja hati ini menafikan mereka mampu memiliki masa depan yang cerah. Kata orang, "suka hati mereka lah, biarkan sahaja". Tapi, kerana sikap inilah juga tidak ada perubahan positif kepada setiap yang negatif. Sikap endah tak endah masyarakat itulah yang sebenarnya menjadi faktor kepada masalah sosial yang semakin menjadi-jadi dewasa ini. Walaupun ada dikalangan kita yang prihatin tetapi bilangan itu tidak tertanding dengan bilangan mereka yang tidak kisah akan perkara ini.
Sebagai insan yang bergelar wanita, sesungguhnya hati ini amat sedih dan hiba. Jika di negara luar, mereka tentunya tidak mengambil serius tentang hal-hal seperti ini kerana itu sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Namun, bagi kita di Malaysia, semua itu bukanlah sesuatu yang biasa tetapi luar biasa. Jikalau suatu masa dahulu, anak-anak gadis manis berbaju kurung dan berkebaya, tetapi kini,T-shirt dan Jeans menjadi penggantinya. Kata hatiku, itu bukanlah sesuatu yang salah, namun manusia itu sendiri yang menjadikan ianya satu masalah. Pemilihan pakaian yang baik dan sedap mata memandang itu penting. Walau bagaimanapun, semua itu terpulang kepada kita sendiri. Jikalau masih belum sedia menerima perubahan, cubalah fikir-fikirkan dahulu sebab dan akibat jika perkara itu dilakukan. Setiap sesuatu yang perlukan perubahan semestinya untuk menjadi yang lebih baik.

Tuesday, September 28, 2010

Apa kata hatiku mengenai wanita..

Pandangan setiap individu itu adalah berbeza dalam segala aspek. Meskipun ada kalanya serupa tetapi jauh di sudut hati mereka masih terselit secubit perbezaan pendapat atau pandangan. Sejak dari azali wanita dikaitkan dengan segala yang indah, cantik, menawan, dan bernilai. Walaupun begitu, kenyataan tersebut mudah disangkal kini. Kata hatiku, wanita sekarang sudah jauh berubah. Jauh di lubuk hatiku menangis sedih, meronta hiba akan kejadian-kejadian yang melibatkan kaum hawa pada masa kini. Sungguh, jikalau mampu mengubahnya, pasti akanku sempurnakan. Namun semua itu ada sebab, kesan dan hikmahnya. Seandainya mereka faham dan selami dengan sebaik-baiknya, pasti jawapan kepada setiap persoalan itu akan muncul. Dan yakinlah wahai wanita, kita ini sesuatu yang amat berharga di muka bumi ini...