Ahlan Wasahlan..

Allah berfirman yang bermaksud:
"Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain. Janganlah kamu mengejek sebahagian yang lain. Sukakah kamu memakan daging saudaramu yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." ( Al-Hujurat: 12).

Wednesday, January 12, 2011

Kata si dia, "belajar dari kelemahan"

Alhamdulillah, semua program untuk 3 hari berjalan dengan lancar meskipun masih ada sedikit masalah yang tidak disengajakan.

Penat pun masih terasa setakat ini namun perasaan puas kerana dapat melaksanakan aktiviti yang pertama kali kami uruskan sepanjang tempoh perkhidmatan kami. 

Bila masalah tiba-tiba timbul masa tu, macam-macam perasaan timbul. Sedih, takut, geram dan lain-lain lagi. Namun, kata si dia, jangan pernah berputus asa dan belajar dari kelemahan.

Tuesday, January 4, 2011

Hari ke-2 kuliah

Hari kedua kuliah yang agak mencabar kerana hampir beku disebabkan aircond yang melampau kesejukkannya. hehe. Lecturer pun dah bagi task untuk semua pelajar. Hopefully, for this semester i'll perform better in my study. InsyaAllah. =)

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum w.b.t & Salam Tahun Baru 2011.

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat datang kepada Tahun Baru 2011. Pastinya tahun ini akan memberi seribu satu persoalan kepada kita akan rentak kehidupan yang kita akan lalui sepanjang tahun ini. Semoga pengalaman lepas akan membantu kita untuk lebih bijak menangani setiap masalah atau perkara yang bakal kita tempuhi. InsyaAllah. =)

Monday, December 27, 2010

Muhasabah Diri

Bila kita sendiri lupa untuk bersyukur dan berterima kasih pada Allah atas segala apa yang diberikan kepada kita, sudah semestinya rasa puas itu tidak pernah terbit dari hati manusia itu sendiri. Perasaan inginkan sesuatu yang lebih banyak atau harta yang lebih akan sentiasa mengaburi hati mereka yang alpa tentang kekuasaan Yang Maha Esa. Mereka serta merta akan lupa pada tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Mereka juga akan lalai dengan urusan duniawi mereka sedangkan akhirat semakin menghampiri. Apabila ditimpa kesusahan, barulah bergantung harap padaNya. Ada juga diantara mereka yang terus berputus asa sebelum menemui penyelesaiannya.

Manusia..
Harapan itu sentiasa ada kecuali manusia itu sendiri yang menidakkannya. Jikalau hidup sentiasa ditimpa malang atau susah, tidakkah kita terfikir bahawa masih ada manusia lain yang lebih malang atau susah daripada kita? Jikalau kita merasa hidup kita susah kerana hidup di dalam bilik yang kecil atau rumah usang, tidakkah mereka yang hidup di bawah jambatan itu lebih susah? Ada diantara kita sentiasa merungut apabila dihidangkan makanan yang tidak menepati citarasa kita sedangkan mereka yang hidup susah menangis apabila menjamah sepinggan nasi kosong.

Manusia..
Hidup, mati, rezeki & jodoh pertemuan itu sudah ditentukan Allah terhadap setiap manusia di muka bumi ini. Allah tidak akan sekali-kali membiarkan hambanya terseksa sekiranya mereka terus beriman dan bertakwa kepadaNya. Walaupun ditimpa dengan pelbagai dugaan, janganlah sekali-kali terfikir untuk berpaling tadah dari jalan Allah. InsyaAllah, berkat usaha dan doa, Allah tidak akan lupa untuk membantu kita. Pengorbanan itu sememangnya perit tetapi manisnya akan dirasai kelak. Tetapi janganlah sekali-kali tersasar daripada landasan agama yang benar.

Manusia..
Setiap sesuatu yang terjadi itu ada hikmahnya. Walaupun hikmah itu kadangkala tidak terlihat oleh mata kasar, namun bagi mereka yang betul-betul yakin akan ketentuan Allah, hikmah sesuatu kejadian itu sentiasa wujud di depan mata. Seandainya kita diuji dengan seberat-berat dugaan dan selepas itu kita masih diberikan peluang untuk memohon pertolongan serta keampunan daripada Allah, bersyukurlah kerana ada diantara kita yang tidak sempat kembali kejalan yang benar. Beringatlah juga wahai saudara-saudaraku, tidak semestinya yang jahat saja akan ditimpa dugaan, tetapi dugaan bagi orang-orang yang baik adalah lebih berat. Sesungguhnya Allah hanya ingin menguji sejauh mana kekuatan iman hamba-hambaNya.

Manusia..
Hidup di dunia ini sememangnya sukar. Janganlah terlalu berharap agar segalanya mampu kita lakukan dengan sempurna tanpa memohon petunjuk atau pertolongan daripada Allah. Halal dan haram juga tidak patut diketepikan. Janganlah terlalu mengejar kekayaan sehinggakan kita lupa halal dan haramnya sesuatu perkara itu. Ingatlah bahawa semuanya akan dihitung di akhirat kelak. Meski di dunia semuanya baik-baik sahaja namun siapa tahu keadaan kita di akhirat kelak. Wallahualam..

Sama-samalah kita muhasabah diri.

Sunday, December 12, 2010

Doa ibu bapa sumber kekuatan batin, bentuk keperibadian anak


Oleh Mohd Rizal Azman Rifin

2010/12/13

ALLAH SWT memerintahkan setiap hamba-Nya taat dan memuliakan ibu bapa. Bergaul dan memenuhi hak kedua-dua ibu bapa menjadi keutamaan yang mesti dilaksanakan anak, khususnya apabila ibu bapa lanjut usia. Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa bermakna seseorang itu menderhakai Allah. Begitulah besar dan mulianya darjat ibu bapa.

Banyak ayat al-Quran yang memerintahkan supaya mentaati ibu bapa. Antaranya Allah berfirman, “Janganlah kamu menyembah selain Allah dan berbuat baiklah kepada ibu dan bapamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 83)

Seseorang anak hanya dapat kedudukan anak salih jika sentiasa mentaati dan memuliakan ibu bapa. Sifat menyayangi dan mengasihi orang lain adalah fitrah semula jadi manusia, malah haiwan juga dikurniakan naluri ini.

Justeru, orang yang menderhaka kepada ibu bapa dianggap melencong daripada fitrah insan. Apabila kita dewasa dan mendapat pelbagai kesenangan hidup, kita tidak boleh sama sekali melupakan pengorbanan ibu bapa, sebaliknya kita sewajarnya berbakti untuk membalas jasa mereka mendidik sehingga menjadi insan berguna.

Anak yang salih akan berusaha menyenangkan hati kedua-dua ibu bapanya kerana mengharapkan keredaan hidup daripada Allah. Mereka mengetahui setinggi manapun kedudukan, pangkat atau pemilikan harta kekayaan semua tidak sama nilainya dengan kasih sayang terhadap ibu bapa.

Selain itu, doa ibu bapa sangat berkat dan mustajab. Oleh itu, anak yang salih akan mengharapkan keberkatan doa ibu bapa dalam menyusuri kehidupan.
Sabda Rasulullah SAW: “Tiga jenis doa mustajab yang tidak diragukan keajaibannya adalah doa orang tua untuk anaknya, doa orang musafir dan doa orang yang dizalimi,” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Malah Nabi SAW menegaskan, “Doa orang tua untuk anaknya bagaikan doa nabi untuk umatnya,” (Hadis riwayat ad-Dailimi).

Oleh itu, sewajarnya kita merebut peluang semasa ibu bapa kita masih hidup untuk berbakti disamping mengharap keberkatan doa mereka dalam menjalani kehidupan seharian kerana doa ibu bapa adalah sumber kekuatan batin anak. Hal itu akan membentuk keperibadian dan kewibawaan anak dalam menjalani kehidupan.

Petunjuk kedua ibu bapa terhadap anaknya sama seperti petunjuk Nabi kepada umatnya. Oleh itu, anak yang sentiasa memuliakan ibu bapanya tentu akan didoakan oleh ibu bapanya, sebaliknya anak yang derhaka itu sentiasa akan mendatangkan kemudaratan dalam hidup.

Penulis adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Mukah, Sarawak

Ragam Manusia

Manusia ini memang diciptakan pelbagai ragam. Semalam betul-betul dapat membuka mata ini bila dapat menyaksikan bermacam-macam ragam manusia di bandar. Kadang kala tersenyum juga tapi senyuman pula pudar bila melihat karenah yang 'over'. Walaupun orang selalu kata ''janganlah jaga tepi kain orang, tepi kain sendiri pun tak terjaga'', tetapi ''kerana nila setitik, rosak susu sebelanga''. Hanya kerana si kumbang seekor atau si bunga sekuntum, seluruh taman menjadi mangsa. Bukankah baik jikalau saling ingat mengingati akan perlakuan masing-masing terutama di khayalak ramai. Ibu bapa juga semestinya menjalankan peranan mereka dalam mendidik anak masing-masing akan cara pergaulan & berpakaian yang lebih baik di depan umum.