Ahlan Wasahlan..

Allah berfirman yang bermaksud:
"Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain. Janganlah kamu mengejek sebahagian yang lain. Sukakah kamu memakan daging saudaramu yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." ( Al-Hujurat: 12).

Sunday, November 7, 2010

Cerita Mira

Lepas pihak Universiti bagitahu Mira dah digantung pengajian, ayah marah sangat-sangat. Satu pagi tu, Mira gaduh dengan ayah dan ibu. Mereka kata Mira dah tak macam dulu. Mira selalu keluar malam dan tak datang kuliah. Ayah tak habis-habis kata Mira ni anak tak tahu dek untung. Kata ibu pula Mira bertuah sebab dapat masuk Universiti tapi Mira sia-siakan peluang yang bukan semua orang dapat.

Sebenarnya semua tu sebab Ema. Sejak kenal Ema di Universiti, Mira selalu ikut ke mana sahaja yang Ema pergi. Malam ni Ema ajak Mira dan kawan-kawan lain keluar lagi. Mira tak nak sebab malam tu ayah dan ibu nak ajak balik kampung Tok Wan lepas waktu pejabat. Ibu kata dia teringin sangat nak jumpa Tok Wan, tapi Ema ugut Mira. Mira terpaksa akur. Rupanya Ema jumpa kawan-kawan lelaki dia. Ini pertama kali Mira nampak Ema jumpa kawan-kawan lelaki dia. Mira dan Ain takut tapi kawan-kawan lain semua nampak tenang.

Jam Mira tepat menunjukkan pukul 10.00 malam. Mira ajak Ema balik tapi Ema tengking Mira depan kawan-kawan. Dia kata Mira bodoh sebab tak tahu nak berseronok. Dia kata hidup di dunia ni kalau tak tahu nak berseronok rugi. Mira tunduk diam. Ain pula mulai terpengaruh dengan kata-kata Ema. Dia turut serta dalam perbualan mereka. Tiba-tiba seorang kawan lelaki Ema duduk sebelah Mira. Nama dia Fariz. Dia nampak baik tapi Ema tiba-tiba  jerit kat Mira. Dia kata Mira tak boleh kacau 'boyfriend' dia. Mira terdiam dan malu sangat.

Mira tiba-tiba teringat nak tengok 'handphone'. Ada 10 'Missed Calls'. Semua daripada nombor ayah dan ibu. Tak lama lepas tu telefon Mira bunyi lagi. Mira tengok kat skrin. Rupanya Aliza yang 'call'. Mira tak berani nak sambut sebab masa tu suasana bising sangat. Nanti Aliza syak apa-apa. Mira tak bagitahu pun kat Aliza yang Mira keluar dengan Ema sebab Mira tahu Aliza memang tak suka dengan Ema. Aliza 'call' banyak kali tapi Mira tak nak jawab. Tak lama lepas tu ada mesej masuk kat telefon Mira. Mira baca.

"Salam, Mira kat mana tu? Aliza bimbang sangat. Ayah dan ibu Mira pun risau. Mereka kata nak cari Mira dulu baru balik ke kampung".

Lepas baca, Mira 'delete' mesej tu. Mira pandang ke arah Ema dan rakan-rakan lain. Semuanya masih sibuk berbual dan berusik-usikan.  Mira tengok jam. Rupanya dah pukul 12.00 tengah malam. Ema tiba-tiba panggil Mira. Dia kata malam ni tak payah balik rumah. Kawan dia ajak tidur rumah dia. Mira geleng kepala tapi Ema tak endah. Dia suruh naik kereta kawan dia seorang. Mira tak ada pilihan lain tetapi Mira takut sangat-sangat sebab dekat kereta tu ada Fariz dan dua orang lelaki lagi dan cuma Mira dan Ain sahaja perempuan. Masa kat tengah jalan Mira takut sangat-sangat sebab tak tahu nak pergi mana. Ain pula sibuk berbual dengan lelaki-lelaki tu. Masa tiba kat satu simpang, Mira pandang Ain. Ain pun cuma pandang sekilas kat Mira.

"Ema mana?"

Mira beranikan diri tanya lelaki seorang tu. Mereka semua ketawa kuat. Ain dah pegang tangan Mira. Perasaan takut dah menyelubungi hati Mira sendiri. Fariz kata Ema dah 'jual' kami. Mira terkejut sangat-sangat. Ain dah mulai nangis teresak-esak. Mira dah tak tahu nak buat apa. Satu perkara yang bermain difikiran Mira saat tu ialah masa depan Mira dan Ain. Mira takut bila teringatkan kes-kes rogol dan bunuh yang semakin berleluasa sekarang. Saat itu barulah Mira ingat Allah. Mira mengucap panjang dan berdoa dalam hati. Mira mohon agar dijauhi daripada segala perkara buruk.

 Seorang lelaki yang duduk disebelah Ain dah mulai pegang-pegang Ain. Ain jerit sambil nangis. Mira betul-betul panik dan buntu saat tu. Mira takut dan masa tu lah baru Mira teringat dekat ayah, ibu dan Aliza. Mira tambah takut bila Fariz kata dia nak Mira. Mira jerit dekat dia tapi dia tampar pipi Mira. Sakit sangat sampai Mira rasa pening masa tu. Mira rasa ada darah mengalir dari bibir Mira. Lepas tu dia cuba pegang tangan Mira tapi Mira mengelak. Dia nampak bengang. Mira cuba buka pintu tapi dah dikunci. Mereka semua ketawa lagi bila Mira tak dapat buka pintu. Ain pula masih lagi menangis. Mira tambah takut bila lelaki seorang tu dah tarik baju Ain. Mira ambil botol 'Mineral water' kat tempat pemijak dan pukul kepala lelaki tu. Dia marah sangat dan terus tarik tangan Mira. Dia kata nak bunuh Mira.

"Ayah, ibu, tolong Mira."

Mira nangis dan jerit kuat-kuat. Tiba-tiba Mira rasa dentuman kuat. Lepas tu Mira dah tak ingat apa-apa.

Kepala Mira sakit sangat-sangat masa tu. Mira tak tahu Mira kat mana. Yang Mira nampak cuma kawasan sekeliling yang berwarna putih. Tak lama lepas tu Mira nampak ayah dan ibu tengah duduk di sebuah bangku. Mira nampak ibu menangis. Baju ayah berlumuran darah. Mira berlari ke tempat mereka tapi semakin Mira mendekati mereka semakin jauh pula jarak antara kami. Mira betul-betul tak faham. Mira nangis. Mira nak dakap ibu dan ayah. Mira nak minta maaf sebab dah sakitkan hati ayah dan ibu.

Tiba-tiba bahu Mira seakan digoncang. Mira buka mata. Aliza tersenyum memandang Mira. Mira tengok keadaan sekeliling.

"Mira kat hospital sekarang. Dah 3 hari Mira tak sedarkan diri".

Bila Aliza kata macam tu Mira terkejut. Mira panggil ayah dan ibu. Aliza tiba-tiba menangis. Mira tak faham. Aliza peluk Mira dan kata ayah dan ibu Mira dah tak ada. Mira tambah terkejut dan tak mampu nak kata apa-apa lagi. Air mata Mira mengalir laju. Mira tak percaya yang ayah dan ibu dah tinggalkan Mira seorang kat dunia ni. Sejuta penyesalan datang tiba-tiba. Mira terus menangis sambil mendengar penerangan daripada Aliza.

 Rupanya malam tu kereta yang kami naiki terlibat dalam kemalangan. Mengikut kata Aliza, kereta tu bertembung dengan sebuah kereta lain dari arah bertentangan  dan terbabas ke dalam gaung. Cuma Mira seorang sahaja yang terselamat dalam nahas tu. Teringat akan Ain, air mata Mira jatuh lagi. Dipertengahan cerita, suara Aliza bergetar menahan sebak. Mira bingung. Aliza meneruskan cerita. Aliza kata, kereta yang bertembung dengan kereta yang kami naiki tu adalah kereta ayah dan ibu Mira. Kereta ayah hilang kawalan apabila bertembung dengan kereta yang Mira naiki dan melanggar pembahagi jalan. Ibu terhempas keluar dan ayah tersepit di dalam kereta. Mereka meninggal di tempat kejadian. Mira rasa ingin pitam saat mendengar cerita lanjut daripada Aliza. Mira teringat yang malam tu ayah dan ibu hendak pulang ke kampung. Esakan Mira semakin kuat hinggakan jururawat yang bertugas terpaksa menenangkan Mira. Aliza sendiri sudah tidak mampu menahan kesedihan itu.

Kini, sudah genap sebulan ayah dan ibu pergi tinggalkan Mira seorang. Mira sangat rindukan mereka. Jikalau Mira punya kesempatan ingin sahaja Mira dakap dan mohon sejuta kemaafan daripada mereka. Sudah banyak dosa yang Mira lakukan dan sehingga kini Allah masih memberi peluang kepada Mira untuk menyesali semuanya.

"Ya Allah, betapa aku bersyukur padaMu dan aku redha atas semua ketentuanMu".

Mira sedar masih banyak lagi yang Mira harus perbaiki untuk menebus segala kesalahan lalu. Lepas peristiwa itu, Mira balik kampung Tok Wan. Mira nak penuhi hasrat terakhir ayah dan ibu. Bila sampai kat sana, Mira jumpa Pak Ucu. Pak Ucu kata Tok Wan dah meninggal dunia. Sekali lagi Mira ditimpa dugaan daripada Allah. Tok Wan Mira pula meninggal sebab sakit tua sehari selepas ayah dan ibu meninggal. Pak Ucu kata sebelum tu Tok Wan dah sakit tapi Tok Wan tak nak di rawat di hospital. Dia berkeras nak tunggu ayah, ibu dan Mira datang. Mira tunduk membisu mendengar cerita daripada Pak Ucu. Air mata Mira tumpah sekali lagi.

"Ya Allah, sesungguhnya ujian daripadaMu tidak dapat kuduga. Namun Engkau Maha Pengampun, Pengasih lagi Maha Penyanyang. Sungguhpun diri ini khilaf dan banyak membuat dosa namun pintu taubat masih terbuka buatku. Ampunkanlah diriku Ya Allah dan bimbinglah aku kejalan yang benar, jalan yang Engkau redhai Ya Allah. Serta tempatkanlah ibu bapa serta keluargaku di kalangan orang-orang yang beriman. Amin, Ya Rabbal Alamin."

No comments:

Post a Comment