Ahlan Wasahlan..

Allah berfirman yang bermaksud:
"Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain. Janganlah kamu mengejek sebahagian yang lain. Sukakah kamu memakan daging saudaramu yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." ( Al-Hujurat: 12).

Friday, November 12, 2010

Kek Coklat Kukus

Masa cari resepi baru untuk di cuba, ternampak pula resepi Kek Coklat Kukus Ala Bayu. Minta izin pada tuan punya resepi untuk share resepi ini (^_^)

BAHAN-BAHAN:
(A)


1 cawan susu cair
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak atau minyak jagung
1 cawan serbuk koko
½ cawan susu pekat

(B)

1 ¼ cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur
Aluminium foil

(C) - TOPPING

Coklat masakan
Susu cair
Mentega

CARA-CARA

Masukkan kesemua bahan A ke dalam periuk dan kacau sebati hingga semua bahan larut atas api yang kecil sahaja. Setelah semua bahan mencair, letak tepi dan tunggu sehingga dia suam-suam kuku.

Ayak tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. Pukul 3 biji telur dalam bekas lain. Panaskan periuk pengukus. Sapu loyang dengan sedikit mentega.

Masukkan telur yang telah dipukul tadi ke dalam bahan A dan kacau rata. Kemudian masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. Tuangkan kesemua adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega tadi dan tutupkan bahagian atas loyang dengan aluminium foil bagi mengelakkan air menitis ke atas kek. Kukus selama 1 jam. Selepas itu cucuk dengan lidi, jika tiada sisa kek yang melekat pada lidi maka kek tersebut telahpun masak. Angkat dan sejukkan sebelum dihias.

TOPPING

Cairkan coklat masakan bersama dengan sedikit susu cair dan mentega. Letakkan semua bahan ke dalam mangkuk dan letak di atas periuk yang berisi air (teknik double boil). Setelah semua cair, tuangkan di atas kek yang telah sejuk tadi. Siap untuk dihidang.

1 comment: